::Hidup DiibAraT rOdA ::

Friday, November 12, 2010

Cinta

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.


Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....
~renungan bersama~

No comments:

Post a Comment


Hai!!~
okey!!~ kat sini nadea nak kenal kan adik2 nadea!!~ ni lah pic2 meke yang nadea dah jadikan slideshow!!~ nak letak sekeping2 mcm banyak lah!~

Untuk pengetahuan kawan2 semua!!~ nadea ni anak sulung dari 6 beradik!!~ kami terdiri daripada 3 lelaki dan 3 prempuan!!~ kira adil lah kan!!~ berpasangan semuanya!!~ nadea ni anak sulong!!~ yang kedua namanya iwan!~ yang ketiga rudy!!~ pastu yang seterusnya aisya, haiqal dan aleeya!!~
Kami nie jarang agak jauh lah jugak!!~ nadea lahir pada tahun 1987.. iwan tahun 89.. rudy lak tahun 1994.. aisya 2000 , haiqal 2003 dan aleeya 2005 ... :D
Nadea tak tahu lah adik2 bertambah ke tak!!~ hehe!!` mama lahir tahun 1966 mnakala abah lak 1965 :D ekekeke!!~
tak kisah lah!!~ yang penting :)

hopefully kami sekeluarga happy sokmo!!~ :D